Assalamu'alaikum wbt...
Lagi tajuk tentang bagaimana nak memindahkan duit dari akaun cimb ke akaun bank lain menerusi laman web CIMBCLICKS
Korang ada pernah dengar tak pasal Transfer funds? Korang sendiri pernah tak transfer duit melalui cimbclicks? Biasa, kalau kat Malaysia ini, pada pendapat saya, Maybank2u dan cimbclicks yang paling famous dan win untuk kita transfer duit. Mungkin bank lain ada juga menyediakan kemudahan online banking tetapi tidaklah sekencang dan sehebat 2 bank di atas (pandangan saya).
Kebiasaannya, kalau korang nak transfer funds di dalam online banking, perkara pertama adalah mestilah kita mempunyai akaun berdaftar dengan bank itu. Sekarang, tajuknya kita nak tahu bagaimana cara nak transfer ikut CIMBCLICKS
Ok, mula-mula korang mestilah :
1) Login cimbclicks macam biasa
2)Klik TRANSFER, kemudian pilih TO OTHER BANKS
3) Page ini akan keluar...
Normal Transfer / IBG
INSTANT TRANSFER / IBFT
4) Isi form tue FROM: SELECT AN ACCOUNT, kemudian pilih sama ada korang nak NORMAL TRANSFER ATAU INSTANT TRANSFER...
Beza antara NORMAL TRANSFER vs INSTANT TRANSFER:
PROSES
********
Normal Transfer ambil masa untuk duit masuk ke akaun penerima...biasanya ambil masa antara 1 hari untuk masuk... Contohnya, kalau transfer pada waktu pagi, petang insya Allah akan masuk ke dalam akaun penerima.
Instant Transfer pula duit akan terus masuk ke akaun penerima sebaik sahaja proses pemidahan duit berjaya dilakukan.
CAS
*****
Normal Transfer dikenakan cas 11sen sahaja sebab tue ambil masa sikit untuk duit masuk ke akaun penerima.
Instant Transfer pula dikenakan cas 53sen sahaja dan agak mahal sedikit berbanding dengan normal transfer tetapi duit akan terus masuk.
BANK PENERIMA
******************
Normal Transfer nie banyak pilihan bank yang kita boleh transfer. Kalau nak tahu bank mana, boleh scroll je kat list tue.
Instant Transfer nie tak semua bank kita boleh buat instant transfer. Kalau nak tahu, boleh lah tengok list bank. Kalau tak der dalam list itu bermakna korang tak boleh guna Instant Transfer tetapi terpaksa guna Normal Transfer.
KESELAMATAN
*****************
Normal Transfer nie akan diperiksa dahulu untuk nombor akaun bank dan nama penerima sekiranya tak match,bank takkan teruskan transaksi.
Instant Transfer pula selamat sebab duit akan terus masuk ke akaun penerima dan apabila status berjaya, ianya akan keluar nombor akaun bersama dengan nama penerima.
STATUS
*********
Normal Transfer apabila selesai jer, proses akaun akan keluar status ACCEPTED
Instant Transfer apabila selesai jer, proses akaun akan keluar status SUCCESSFUL
Oklah, selesai bab cara-cara pemindahan duit via cimbclicks. Kini, dunia sudah berada di hujung jari kita. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat minyak kereta. Tepuklah dada dan tanyalah selera kerana dengan bertambahnya kos sara hidup sekarang,pandai-pandai lah kita semua berjimat cermat untuk pelbagai hal di dalam pengurusan kehidupan.
***********
Credit to: http://amyliana86.blogspot.my