Benarlah dunia sekarang hanyalah di hujung jari anda semua. Oleh yang demikian, tua atau muda sepatutnya mengambil inisiatif yang positif untuk belajar dan terus belajar satu mekanisme di mana semuanya berada di hujung jari anda dan sememangnya tidak salah kita belajar semua ini kerana ini akan memudahkan urusan dan menjimatkan masa kita.
Okay, jom saya ajar bagaimanakah cara-cara untuk mengaktifkan akaun Maybank2u anda:
Langkah Pertama:
Langkah pertama ini hanya lah utnuk orang yang belum daftar lagi di laman web maybank2u, anda boleh terus ke langkah kedua sekiranya jika anda sudah daftar di laman web maybank2u.
Pastikan juga anda sudah daftar maybank2u phone tac kerana anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang dihantar kepada nombor telefon bimbit anda yang anda telah daftarkannya di mesin ATM sebelum ini.
Baiklah, apabila dan selesai semua itu (seperti yang dinyatakan di atas), anda boleh melawat ke laman web dan ikuti langkah-langkah sepertu yang berikut:
1) pergi ke mesin ATM Maybank yang berdekatan, masukkan kad macam biasa, tekan MENU, pilih Maybank2u
2) Kemudian, pilih "Pin Laluan Maybank"
3) Ikut langkah seterusnya, masukkan pin kod pilihan anda. Anda akan menggunakan pin ini untuk aktifkan akaun di laman maybank2u.com.my nanti
4) Anda perlu ingat atau hafal nombor pin kod anda atau mencatatnya di sudut rahsia bagi tujuan keselematan
5) Penting : Buat semula langkah 1, pada Menu, pilih "maybank2u phone tac"
6) Ikuti langkah seperti yang telah diterangkan dengan memasukkan nombor telefon bimbit anda dan ikuti langkah seterusnya sehingga selesai.
7) Selesai
Ok, bila dah ikut semua langkah-langkah di atas, bolehlah search ke laman web http://www.maybank2u.com.my dan klik pada Login.
Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan yang macam di bawah ini :
Kemudian, klik pada "First time log in please click here"
Selepas itu, klik pada butang "Accept"
Ok, kemudian pula anda isikan nombor kad maybank anda pada "Access Number" ( Nombor yang tertera ditulis pada hadapan kad ATM anda - 16 digit nombor)
Pada ruangan Pin, isikan pin kod yang anda buat pada mesin ATM sebelum ini
Selepas itu, Klik pada butang "Activate"
Pada ruangan ini, isikan username, dan password mengikut pilihan yang telah anda buat. Ini adalah untuk anda login maybank2u.com.my nanti.
Username- username pilihan anda
Password- password pilihan anda
Confirm password- masukkan sekali lagi password pilihan anda
"Cara-cara Untuk Memindahkan Duit dan
Membuat Pembelian"
Langkah Kedua:
Ok, sekarang anda sudah pun login akaun Maybank2u anda. Di sini akan diterangkan macam mana nak transfer duit untuk membuat Pembelian melalui Internet.
Pertama, klik pada Account & Banking
Kemudian, Klik pada Transfers seperti yang terpapar di bawah :
Kemudian, klik pada New 3rd party account transfer
Kemudian, klik pada Request a TAC number. Anda akan dapat nombor tac anda melalui sms yang dihantar kepada nombor telefon bimbit anda yang anda daftarkan di mesin ATM sebelum ini.
Isikan Amount = $$$
Pada ruangan To 3rd Party Account Number, isikan nombor akaun Penerima
Kemudian, klik butang Continue
Pada paparan seterusnya, isikan nombor tac yang anda dapat melalui sms iaitu (6 angka). Kemudian, klik pada Confirm
Pastikan nama pemegang akaun adalah sama dengan nama Penerima
Kalau semuanya ok, klik pada Confirm. Selesai
Peringatan : Setelah log out dari maybank2u, jangan lupa untuk print screen logout summary anda
Caranya, tekan printscreen pada keyboard anda, kalau laptop, tekan fn+printscreen
Kemudian, buka program Paint, klik edit kemudian klik paste
Save bukti pembayaran ini pada tempat senang cari.
Contohnya, Desktop.
.S.E.L.E.S.A.I.
No comments:
Post a Comment