Monday, 29 August 2016

Pindahan Duit Antara Bank Dengan Kad ATM-MEPS








Zaman yang serba canggih ini hanya dengan skeping kad, segalanya dapat diselesaikan dengan mudah. Jadi, di sini saya ingin memberitahu tentang bagaimana cara bagi pemindahan di antara bank melalui kad ATM-MEPS.

Senang je sebenarnya, cuma kalau kita tak tahu, benda yang senang pun akan jadi susah. Ok, cara-cara nya adalah :

1) Masukkan kad ATM macam biasa.
2) Pilih Menu - Lain-lain... Urusan MEPS
3) Kemudian pilih Pindahan Antara Bank
4) Pilih Bank yang hendak dimasukkan duit? Nama-nama Bank disenaraikan
5) Masukkan Nombor Akaun secara cermat dan berhemat kerana apabila tersilap langkah akan merugikan masa akibat terpaksa ulang balik taip nombor akaun
6) Confirm kan nama penerima itu
7) Masukkan jumlah wang yang ingin di bank in kan kepada si penerima
8) Akhir sekali, resit akan dikeluarkan sebagai bukti kemasukan wang sama ada berjaya atau tidak


PERINGATAN: Pindahan MEPS Kad ATM ini ada syarat, Kad ATM itu hendaklah digunakan pada Bank yang sama. Maksudnya, kalau kad itu kad CIMB, kita hendaklah buat pindahan wang di mesin ATM CIMB



No comments:

Post a Comment